1 - Kulit Kayu Manis
2 - Halba
3 - Cengkih
4 - Biji Lada Hitam
5 - Biji Lada Puteh/Sulah
6 - Bunga Lawang
7 - Buah Keras
8 -Jintan Puteh
9 -JIntan Manis
10 - Biji Ketumbar
11-Jintan Hitam/Habbatul
Sauda’
12 - Buah Pelaga
PENGENALAN
REMPAH RATUS
Rempah
ratus telah di definisikan sebagai mana-mana daripada beberapa jenis bahan
sayuran yang digunakan untuk merencah masakan atau pun makanan. Definisi ini
telah diambil dari kamus Webster’s New Twentieth Century.
Lazimnya
rempah ratus ini dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan supaya boleh
disimpan lama dan tidak berkulat atau rosak. Ia mempunyai aroma dan rasa serta
perisa yang tersendiri dalam pembuatan makanan agar rasa sedap apabila dimakan.
Pihak
berkuasa di bidang pertanian dan makanan telah mengkategorikan bawang merah,
bawang putih, saderi, salam dan bay sebagai sayuran manakala gajus pula dalam
kategori buah dan kekacang (nut). Ini adalah amalan yang telah dipraktikkan
dalam bidang ekonomi pertanian untuk memberi kategori bagi setiap jenis
tumbuhan atau setiap jenis hasilnya.
Di sini
saya akan memilih skop definisi yang lebih luas bagi istilah Rempah Ratus dan
perisa serta berpendirian bahawa satu tumbuhan boleh dimasukkan kepada lebih
daripada satu kategori. Contohnya ; saderi adalah merupakan sayur, perisa dan
penghias makanan dan biji gajus pula dimasukkan dalam kumpulan kekacang serta
buah gajus pula di kategorikan sebagai buah-buahan ; manakala pucuk daun gajus
yang dimakan sebagai ulaman dikategorikan sebagai sayuran, perisa atau penghias
makanan. Lemon dan limau nipis juga akan dimasukkan di sini sebab kedua-duanya
penting sebagai perisa makanan atau minuman dan juga digunakan dalam pelbagai
jenis masakan.
Jerangau
juga akan dimasukkan di sini kerana ia dikelaskan sebagai rempah ratus kurang
penting dalam penerbitan ramuan tertentu. Ramai di antara kita tidak menganggap
pandan wangi atau vanila sebagai rempah ratus tetapi kedua-dua jenis tumbuhan
sering dimasukkan dalam beberapa buku tentang rempah ratus kerana bahan-bahan
ini digunakan sebagai perisa pelbagai jenis masakan. Ada beberapa jenis rempah
ratus yang digunakan dalam masakan Barat dan tidak digunakan dalam masakan Asia
tetapi bahan-bahan ini turut dijual di pasaraya tertentu di Malaysia dalam
bentuk segar mahu pun yang kering . Pelbagai jenis rempah ratus orang Barat
ditanam di tanah tinggi Malaysia. Ramai juga orang Malaysia gemarkan makanan Barat
dan ingin tahu tentang khasiat bahan yang digunakan.
DIET YANG
SEIMBANG UNTUK KESIHATAN
Sayuran
adalah penting bagi kesihatan dan begitu juga buah-buahan yang mengandungi
kabohidrat kompleks dan protin. Rempah ratus jarang diambilkira dalam formulasi
diet yang seimbang atau dalam piramid makanan kerana rempah ratus digunakan
dalam kuantiti yang kecil dan mungkin dianggap sebagai tidak memberi kesan
nutrisi yang ketara. Makanan dari alam tumbuhan sentiasa penting kepada manusia
melainkan beberapa pengecualian di mana daging haiwan merupakan makanan utama.
Kebanyakan hasil penyelidikan menunjukkan bahawa diet yang seimbang sangat
penting kepada kesihatan manusia.
Pengambilan makanan daripada satu kumpulan makanan sahaja telah terbukti
dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan. Penyelidikan telah menunjukkan
bahawa makan terlalu banyak lemak dikaitkan dengan kanser payudara, kolon,
prostat dan rektum. Diet yang kekurangan serat pula dikaitkan dengan kanser
usus besar. Kelaziman mengambil antioksida telah terbukti mengurangkan
kemungkinan kanser kerongkong dan kanser perut.
SEJARAH
REMPAH RATUS
Sejarah
menunjukkan bahawa manusia telah menggunakan makanan bukan sahaja sebagai
sumber tenaga dan bahan tumbesaran tetapi juga untuk menjaga kesihatan dan
merawat penyakit. Beberapa ahli falsafah menyebut ; “ Biar makanan menjadi ubat
kamu …”.
Saderi
bermula sebagai tumbuhan ubatan semata-mata, sebelum digunakan sebagai perisa
dan penghias makanan, akhirnya barulah digunakan sebagai sayur. Namun, saderi
bukanlah 100% mewakili kata-kata ahli falsafah tadi.
REMPAH
RATUS BERSIFAT UBATAN
Bahan-bahan yang terkandung di dalam rempah ratus memberi kesan
penyembuhan tertentu dan juga untuk menjaga kesihatan. Sesuatu campuran
daripada pelbagai jenis kandungan dalam satu jenis makanan atau beberapa jenis
makanan akan memberi kesan yang berlainan daripada jumlah campuran kesan setiap
satu bahan kandungan. Bahan yang tidak bernilai atau sedikit sahaja nilai scara
sendirian mungkin bertindak bersama untuk memberi kesan menyembuh dan
menyihatkan. Satu bahan yang berbahaya apabila digunakan sendirian mungkin
berkhasiat kepada kesihatan apabila dicampur dengan bahan lain. Bahan-bahan
yang
berkhasiat dalam suatu campuran boleh menjadi berbahaya apabila digunakan
dalam dos yang tinggi atau dalam bentuk sebatian tulen. Anda haruslah
berwaspada apabila rempah ratus atau bahagian tertentu mengandungi kimia yang
bertoksik.
KANDUNGAN
NUTRISI DALAM REMPAH RATUS
Rempah
ratus mengandungi bahan-bahan yang diletakkan dalam kumpulan tertentu yang
dinamakan karbohidrat, protin, lemak, serat, mineral, vitamin dan pelbagai
sebatian kimia yang mempunyai kumpulan sendiri seperti alkaloid, minyak esen,
saponin dan tanin. Sungguhpun kebanyakan rempah ratus tidak banyak menyumbang
kepada tubuh manusia dari segi karbohidrat, protin, lemak dan serat, tetapi
kandungan mineral, vitamin dan fitokimia lain lazimnya cukup untuk memberi
kesan kepada manusia.
Nutrien dan
kimia lain di dalam makanan penting bagi tubuh agar berfungsi dengan sempurna
dan menentang infeksi ; sebagai bahan binaan bagi tumbesaran tubuh, untuk
memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan juga bahagian-bahagian jasad.
Makanan juga mengandungi bahan kasar yang memudahkan pembuangan air besar
supaya fungsi ini dapat berjalan dengan sempurna dan lancar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan